Sun Life Insurance Cimb Penipu? Betul Ke

sun life insurance cimb penipu

Sun life Insurance Cimb penipu atau Scam orang ramai. Adakah ini betul?

Sebelum saya jelaskan lebih lanjut, disini saya jelaskan yang saya tidak menjual produk Sun Life Insurance. Perkongsian ini dibuat disebabkan saya mendapat aduan dari pelanggan(client) saya sendiri yang mengadu masalah ini.

Perkongsian saya atas dasar pandangan dan cadangan kepada pihak client saya yang terpalit dengan isu ini.

Apa itu Sun Life Insurance

Sun Life Malaysia (Sun Life Malaysia Assurance Berhad dan Sun Life Malaysia Takaful Berhad) ialah usaha sama oleh Syarikat Sun Life Assurance Kanada dan Khazanah Nasional Berhad.

sun life insurance cimb penipu
Lokasi : Chowkit Kuala lumpur

Sun Life Insurance Dan CIMB

Bagi pengetahuan semua, CIMB sememangnya mempunyai rakan perkongsian takaful insurans sendiri. Sun Life Insurance dan Takaful adalah syarikat yang telah menjalin kerjasama ini.

Sebelum ini, menerusi portal berita harian juga menjelaskan kerjasama terbaru CIMB islamic bersama Sun life Takaful.

Rakan kerjasama takaful kami ialah Sun Life Malaysia Takaful. Kami melancarkan lebih banyak produk yang membantu pelanggan kami mengagihkan harta mereka menerusi hibah”

Bharian. CIMB Islamic bangun produk berlandas syariah

Soalan – Soalan Lazim

Saya Tak Pernah Carum Polisi Tiba-Tiba Kena Tolak Bulanan

Dalam konteks ini, mungin anda tidak sedar yang anda telah mencarum polisi ketika tandatangai apa-apa dokumen sewaktu urusan bank sama ada personal loan, credit card atau pinjaman kereta.

Sun life Insurance CIMB penipu?

Bagi pendapat saya, berlaku salah faham disini. Salah faham ini sama ada pihak tele marketer/ pegawai bank tidak menjelaskan secara terperinci tentang polisi yang bakal anda tandatangani. Perlu dingat, jika dah sign dokumen insurans, anda wajib dapat buku polisi dari syarikat. Pastikan black and white itu ada untuk memastikan anda tidak discam. Buku polisi lengkap mungkin ambik masa dalam sebulan untuk siap.

Bagaimana tiba-tiba saya dapat call dari pihak mereka?

Isu kebocoran maklumat peribadi ini adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Ini akan melanggar akta PDPA. Jika anda rasa berlaku kebocoran maklumat, sila laporkan disini.

Namun, kadang-kadang kita mungkin terlepas pandang dengan setuju untuk membenarkan pihak bank membuat promosi tele marketer dengan meghubungi kita.

Macam mana nak tahu saya kena scam?

Kebiasannya, isu scam ini berlaku apa bila pihak yang menelefon minta digit kad debit, kad credit atau TAC kepada kita. Ini sememangnya musykil kerana pihak ini call dari bank, dan secara tiba-tiba meminta security code bank.

Saya dah bayar tanpa sengaja, boleh refund?

Boleh rujuk HQ Sun Life semula. Namun setahu saya, maaf cakap no refund.

Bagaimana mahu batalkan Polisi?

Untuk pembatalan polisi, anda boleh buat surat rasmi pembatalan dan email kepada wecare@sunlifemalaysia.com.

sun life insurance cimb penipu
mesej notis pembatalan

Ini sahaja perkongsian saya untuk Sun life insurance dan CIMB. Jika masalah ini masih belum dapat selesai, boleh terus pergi ke HQ utama untuk dapatkan maklumat terperinci.

Jika anda nak renew roadtax insurans kenderaan anda. Boleh klik link disini atau respond pantas boleh klik butang whatsapp diatas.

Promosi

Medical Card + Hibah+ Savings

RM120 untuk 1.12 juta tahunan
3 in 1

hibah gerenti lulus

ADA SAKIT PUN LULUS
40 TAHUN KETATAS
Recent

General Queries