Hat Yai ialah bandar terbesar di selatan Thailand, dan terletak berhampiran dengan sempadan Malaysia. Faktor utama rakyat Malaysia suka masuk ke hatyai adalah syurga makanan dengan harganya yang murah. Disini saya kongsikan cara mudah perjalanan KL sentral ke Hatyai.
1. Passport.
Pastikan passport anda hidup adalah yang paling penting. Cuma Bagi passport ke Thailand ni, ada 2 kategori yang boleh guna :
- Passport merah Malaysia (standard)
- Passport biru (khas bagi warga Kedah, Perlis, Kelantan & Hulu Perak) – maklumat lanjut mengenai passport biru ni boleh klik link disini.

2. Travel Insurans ke Hatyai
Pastikan anda ada beli travel insurans bagi langkah keselamatan. Anggran dalam RM30 untuk individual. Boleh klik link ini untuk dapatkan travel insurans.
Vaksin covid wajib 2 dos bagi yang dewasa
3. Perjalanan KL sentral ke Hatyai
KL – Padang Besar
Bagi saya, perjalan paling mudah adalah gunakan ETS/Komuter. Jika anda dari KL, naik dari KL sentral ke Padang Besar. Anggaran harga dalam RM 75 jika dewasa( sila rujuk web KTM jika ada perubahan harga).

- Padang Besar – Stesen Hatyai
Anggaran tiket ke Hatyai RM 7 dan perjalanan dalam 45-50 minit sahaja.

4. Sampai ke Hatyai
Sejurus tiba, terus beli simkad Thailand atau nak lebih muda,beli awal di shoppe dan boleh terus di hidupkan oleh seller.

setibanya disini, anda boleh menggunakan tuktuk, grab car atau jalan kaki. Pastikan anda book hotel lebih awal agar tidak berlaku kekalutan jika dah sampai kesana.
5. Tempat menarik di Hatyai
Sampai sudah di Hatyai, saat yang kita tunggu adalah syurga makanan street food, shopping dan sudah tentunya 7e Thailand. Disni Saya senaraikan beberapa tempat menarik yang anda boleh lawati di sana.
- Khuan Chedi
Khuan Chedi ialah sebuah bukit di Thailand dan mempunyai ketinggian 156 meter. Lokasinya terletak di selatan Khuan Nam Sap, dan utara Khao Tham. Siapa yang suka hiking seperti di Bukit Broga, anda jangan lepaskan peluang ini. Tempat agak sedikit jauh dari bandar Hatyai. Memerlukan kenderaan seperti kereta atau motor kesana.


2. Asean Night Market
Tempat ini sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Syurga shopping dan makanan sedap- sedap.

3. Chabura Dimsum
Tempat makan ini juga popular dikalangan rakyat malaysia. Masuk-masuk je, boleh cakap melayu, sebaba majoriti orang kita.

4. Chang Puak Camp
Bagi yang sukakan haiwan atau bawa anak-anak. Tempat ini wajib pergi untuk family anda. Gajah disini jinak-jinak. Masuk percuma dan hanya aktiviti sahaja dikenakan bayaran.

5. Central Mosque of Songkla
Senibina yang sangat cantik seperti Taj Mahal.
Ada banyak lagi tempat menarik yang terdapat disana unutk dilawati. 5 tempat ini pun mungkin memerlukan masa sehingga 2-3 hari .