Insuran Perjalanan Keluar Negara

Insuran perjalanan keluar negara

Insuran perjalanan keluar negara atau travel insurance adalah perkara penting yang perlu dipertimbangkan selain jadual perjalanan, penginapan dan juga tempat yang inigin dikunjungi

Ia menjadikan anda lebih selamat dan terjamin ketika berjalan ke luar negara. Walaupun nampak seperti remeh, namun jika percutian yang dirancang tidak berjalan lancar dan berlaku perkara luar jangkaan, semestinya kita akan menjadi panic dan kelam kabut.

Kepentingan Insuran Perjalanan Keluar Negara Yang Perlu Anda Tahu

Faktor keselamatan diri adalah perkara yang paling penting ketika bercuti keluar negara. Sebagai orang asing di sesuatu tempat, semestinya kita berharap tiada kejadaian trajedi atau kemalangan berlaku disana.

Insuran perjalanan keluar negara

Oleh yang demikian, faktor insuran perjalanan wajar dipertimbangkan memandangkan risiko untuk berlakunya kemalangan adalah tinggi dan diluar kawalan kita. Pampasan yang diberikan secara tidak langsung dapat mengurangkan kos dan masa jika perkara tidak di ingini berlaku.

1. Hospital/ Masalah kesihatan

Isu kesihatan merupakan faktor yang paling utama kenapa perlunya mengambil polisi ini. Kos-kos yang terlibat seperti yuran bilik, konsultasi, ubat dan lain-lain akan menjadi sangat mahal dan tinggi memandangkan kita sebagai warga asing.

Kes kemalangan jalan raya membabitkan warga Malaysia sering kali berlaku dan menyebabkan kos kerugian ditanggung luar jangkaan. Lebih menjadi parah jika kematian yang berlaku.

https://www.hmetro.com.my/utama/2019/10/507725/1-maut-10-cedera-nahas-bas-di-turki

Insuran luar negara

Namun begitu, ada juga pihak yang mengatakan tidak perlu membeli insurans perjalanan memandangkan sudah ada perlindungan insurans perubatan atau medical card di Malaysia.

Disini ditegaskan bahawa dua polisi ini adalah perkara yang berbeza. Walapun terdapat khairat kematian, kecederaan dan sebagainya. Kos ini mungkin tidak boleh dituntut jika berlaku kemalangan diluar negara bagi sesetangah syarikat insurans. Jadi untuk memudahkan urusan, lebih baik kita ambil polisi insurans perjalanan bagi langkah berjaga-jaga.

2. Jadual Penerbangan

Setelah segala perancagan telah dibuat dengan rapi, faktor penerbangan juga perkara yang sukar untuk dikawal. Jadual penerbangan yang sering berubah-rubah mengikut situasi semasa menjadi faktor yang menyebabkan kita kerugian bukan sahaja dari segi masa malah juga duit.

Lebih malang lagi, jika penerbangan tersebut dibatalkan menyebabkan kita terpaksa menangung kerugian dari segi pembelian tiket baru dan juga penginapan.

insurans perjalanan luar negara

Polisi insuran perjalanan keluar negara ini membolehkan anda mendapat pampasan sekrianya berlaku kelewatan jadual penerbangan disebabkan faktor cuaca atau mekanikal.

Perkara-Perkara Lain

Insurans perjalanan menawarkan lebih banyak perlindungan selain 2 riskio utama yang dijelaskan diatas. Dalam kata lain, insuran perjalanan melindungi diri anda dan keluarga terhadap kerugian, kecelakaan dan gangguan yang berlaku semasa bercuti seperti:

  1. Hospital
  2. Penerbangan
  3. Kehilangan bagasi, barang-barang peribadi seperti wang
  4. Kehilangan pasport.
  5. Bagasi lewat tiba atau kelewatan penerbangan.
  6. Penghantaran pulang jenazah.
  7. Perkara kelebihan lain yang tertakluk pada polisi anda

Perlu diingatkan, polisi ini bukan bermakna anda boleh menabaikan aspek keselamatan diri sewaktu bercuti. Ini adalaha langkah pencengahan yang perlu diambil bagi melindungi diri dan keluarga tersayang.

Jika anda mahukan info atau quotation harga, boleh isi maklumat dengan klik link disini. Anda juga boleh dapat respond lebih pantas jika klik butang Whatsaap diatas.

Promosi

Medical Card + Hibah+ Savings

RM120 untuk 1.12 juta tahunan
3 in 1

hibah gerenti lulus

ADA SAKIT PUN LULUS
40 TAHUN KETATAS
Recent

General Queries