Cover Note Insurance

cover note insurance policy

Bagaimana cara dapatkan cover note insurance bagi polisi kereta, motor dan kenderaan lain? Disini saya kongsikan cara dan porses yang perlu dibuat.

Apa Itu Cover Note Insurance?

Cover note insurance atau Nota perlindungan adalah dokumen polisi umum sementara yang dikeluarkan oleh syarikat insurans bagi tujuan menyediakan bukti perlindungan insurans sehingga polisi insurans muktamad boleh dikeluarkan.

Nota perlindungan adalah berbeza daripada sijil insurans atau dokumen polisi insurans. Nota perlindungan memaparkan nama insured, insurer, perlindungan, dan apa yang dilindungi oleh insurans. Bagi ketegori kenderaan, sijil insurans lebih dikenali sebagai e-policy dan boleh terus didapatkan selepas cover note dikeluarkan

Bila Dokumen ini diperlukan?

Ada beberapa situasi jika anda memerlukan dokumen ini.

Antaranya adalah urusan bagi menhidupkan insurans kereta bagi tahun berikutnya. Insurans kereta boleh dihidupkan 60 hari sebelum tarikh luput cukai jalan.

untuk menyemak tarikh luput cukai jalan, boleh klik link disini.

cover note insurance
Pastikan dokumen anda diperolehi selepas bayaran

Selain dari tujuan perbaharui polisi, ia juga bagi urusan claim kemalangan, kehilangan kenderaan, kebakaran kenderaan dan juga termasuk tuntutan cermin kereta.

Tanpa dokumen ini, urusan agak sulit untuk diuruskan. Jadi macam mana nak peroleh dokumen ini?

Macam mana nak dapatkan cover note insurance?

Bagi mendapatkan covernote, secara asasnya setelah membuat pembayaran, dokumen akan terus dihantar kepada anda. Jika lewat, mungkin ada masalah dari segi approval HQ atau terdapat kesilapan dalam mengeluarkan polisi

JIka anda buat secara terus dengan agen berdaftar, anda seharusnya terus dapat dokumen polisi.

Namun sebilangan kita yang suka buat secara terus di HQ company. Perkara ini boleh dibuat namun anda perlu pastikan pihak HQ segera hantar polisi kepada anda.

cover note insurans
contoh dokumen

Ada yang bertanya perbezaan ambil terus dengan agent atau HQ, mana lelih baik. Secara amnya, lebih baik jika berurusan dengan agen berdaftar. Ini kerana, selain anda terus dapat dokumen, anda juga boleh bertanya secara terus soalan-soalan atau pendapat yang berkaitan tanpa perlu email ke HQ.

Selain cara ini, anda juga boleh terus walk-in ke branch berdekatan untuk mendapatkan polisi. Wakil bagi mendapatkan polisi dibenarkan oleh pihak syarikat insurans. Sebagai contoh adik-beradik, pasangan ataupun runner insurans.

Jika anda mahu perbaharui insurans dan roadtax yang sudah hampir tamat, boleh klik link disini. Boleh klik butang whatsapp diatas untuk respond pantas berkenaan insurans dan roadtax.

Promosi

Medical Card + Hibah+ Savings

RM120 untuk 1.12 juta tahunan
3 in 1

hibah gerenti lulus

ADA SAKIT PUN LULUS
40 TAHUN KETATAS
Recent

General Queries