Salam Takziah
Prosedur tukar nama kenderaan pemilik meninggal dunia boleh dikatakan sedikit complicated lebih-lebih lagi jika pemilik asal tidak meninggalkan sebarang wasiat!!
Nampak tak kepentingan wasiat? Sebab kalau tak buat wasiat, Semua kerja kena buat Sendiri. Nanti buang duit, masa dan tenaga. Jadi macamana nak buat tukar nama kereta jika owner meninggal?
Rasanya semua kena ambil tahu, itu yang harta pusaka terbeku 70 billion. Sebenarnya terbeku bukan di Amanah Raya tapi dalam rumah kita sendiri.
RM70 bilion harta pusaka ‘tergantung’
Panduan tukar nama kenderaan pemilik meninggal dunia
- Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil atau Pejabat Tanah
Sekiranya pemilik asal tidak meninggalkan sebarang wasiat, waris boleh lakukan tuntutan pembahagian harta pusaka kecil terlebih dahulu. Setelah pengagihan selesai, waris akan menerima surat perintah atau letter authorization (LA) bagi pembahagian pemilikan harta yang ditinggalkan.
Waris yang menerima kenderaan atas nama si mati boleh melakukan proses tukar nama menggunakan surat perintah pembahagian sebagai sokongan pemilikan. Urusan ini perlu dilakukan dengan segera sebelum cukai jalan tamat tempoh.
Ini kerana, cukai jalan kereta yang masih berdaftar atau nama pemilik yang telah meninggal dunia hanya boleh diperbaharui sekali sahaja untuk tempoh enam (6) bulan oleh waris terdekat.
- Pemeriksaan Puspakom Tukar Nama
Setelah urusan pembahagian harta pusaka selesai, waris perlu membawa kenderaan dan geran asal ke Puspakom untuk pemeriksaan.
Sama seperti proses tukar nama kereta secara sukarela, pihak Puspakom akan mengeluarkan laporan B5 Puspakom yang akan digunakan semasa proses tukar nama dilakukan.
Untuk Melakukan Tempahan Temujanji
- JPJ Tukar Nama
Setelah selesai kedua-dua proses di atas, waris boleh melakukan urusan tukar nama di mana-mana pejabat JPJ berdekatan. Harga tukar nama kereta JPJ adalah seperti berikut:
Motor: RM30;
Kereta: RM100;
Kenderaan perdagangan: RM40;
Kenderaan off-road: RM100
Bagi melancarkan urusan hak milik kenderaan, waris atau pemohon dinasihatkan untuk hadir sendiri ke JPJ.
Dokumen Lampiran/Sokongan
Pemohon Juga perlu sediakan dokumen tukar nama kereta seperti berikut:
- Salinan perintah Mahkamah Tinggi yang disahkan oleh Mahkamah atau
- Salinan Surat Geran Probet yang disahkan oleh Mahkamah atau
- Salinan Surat Pentadbir Pusaka yang disahkan oleh Mahkamah atau
- Salinan Perintah Pembahagian/Perintah Pemberian Surat Kuasa Mentadbir di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 yang disahkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian atau
- Salinan Perintah Faraid yang disahkan oleh Mahkamah Syariah
Akuan sumpah (dibuat oleh pewaris seperti dalam perintah faraid) berkenaan penolakan harta hendaklah disertakan bersama.
Dokumen akuan sumpah hendaklah dibuat dihadapan pesuruhajaya sumpah yang berkhidmat dengan kerajaan/Majistret/Hakim.
Akuan ini hendaklah disertakan bersama apabila Perintah Faraid tidak menyatakan penama/pewaris kepada kenderaan motor milik si mati.
Diharap perkongisan saya serba sedikit membantu dalam urusan cara tukar nama pemilik kenderaan yang meninggal dunia.
Setelah selesai semua tukar nama, anda boleh buat urusan renew roadtax dan insurans seperti biasa.
Bagi dapatkan insurans kereta yang berpatutan, boleh klik link disini atau butang WhatsApp diatas.